Mercu Desaru

Mercu Desaru

Desaru merupakan sebuah kawasan peranginan yang agak popular terletak di Johor Tenggara iaitu di dalam mukim Bandar Penawar, Kota Tinggi. Desaru terletak 77km dari pusat bandaraya Johor Bahru dan masa perjalanan antara Desaru dengan Johor Bahru kini hanya 1jam 15minit setelah selesainya pembinaan lebuhraya Senai-Desaru (E22). Kini rata-rata pengunjung yang akan ke Desaru daripada Johor Bahru akan menggunakan lebuhraya E22 ini. Lebuhraya E22 ini melintasi Sungai Johor serta memendekkan masa perjalanan antara Johor Bahru dengan Desaru yang sebelum ini memakan masa lebih daripada 2 jam melalui Bandar Kota Tinggi. 

Jambatan lebuhraya E22 melintasi Sungai Johor Sumber: https://pbs.twimg.com/profile_images/635298655822458880/3BsBpmoE.jpg 

Seperti pantai-pantai timur Semenanjung Malaysia yang lain, Desaru juga mempunyai musim monsun (November-Mac) di mana para pengunjung dinasihatkan agar tidak memasuki pantainya berikutan angin kencang dan ketinggian ombak yang agak tinggi. Walaupun demikian, bulan-bulan lain selain daripada musim monsun merupakan waktu yang amat optimum untuk para pengunjung lawati pesisiran pantai Desaru.

Di sepanjang pesisir pantai Desaru, terdapat pelbagai pantai peranginan yang menjadi kunjungan ramai pelancong antaranya ialah Pantai Desaru, Pantai Tanjung Balau dan juga Pantai Batu Layar. Pantai-pantai tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang mana kebiasaannya para pengunjung akan mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti perkelahan dan aktiviti-aktiviti santai lain.

Pemandangan indah pesisir Pantai Tanjung Balau 
sumber : https://velvetcandle.files.wordpress.com/2016/05/img_6977a.jpg?w=800&h=513&crop=1

Sebagai salah satu pusat peranginan yang terkenal di Johor, Desaru mempunyai pesisir pantai yang indah dan juga cantik pemandangannya. Di samping itu, pelbagai resort dan pusat peranginan turut menghiasi pesisir pantai Desaru ini yang mana antaranya ialah Bayu Balau Resort, Lotus Desaru Resort dan juga Tunamaya Beach Resort.

Lotus Desaru Beach Resort

Selain daripada kewujudan pelbagai resort dan pusat peranginan, Desaru juga terkenal dengan restoran-restoran yang menawarkan pelbagai juadah makanan laut yang istimewa dan eksotik. Di samping itu, restoran-restoran di Desaru turut dihiasi dengan pemandangan sekitaran yang unik dan berunsurkan iklim tropika. Contohnya ialah Restoran Terapung Bujang Firefly yang bukan sahaja menyediakan pelbagai juadah makanan laut yang spesial, tetapi juga turut mempunyai keistimewaan tersendiri di mana restorannya itu dikelilingi dengan pemandangan persekitaran hutan paya bakau serta dihiasi dengan kerdipan kunang-kunang pada waktu malam.

Restoran Terapung Bujang Firefly 
sumber: www.sufentan88.blogspot.com

Selain daripada pusat peranginan yang terkenal, Desaru juga turut dikenali dengan adanya kampung-kampung nelayan yang menjadi pembekal utama kepada sumber-sumber laut yang segar di sekitar Johor Tenggara. Rata-rata gugusan perkampungan nelayan tersebut terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor. Antara perkampungan nelayan yang terkenal ialah Kampung Nelayan Sungai Lebam. Di samping itu, perkampungan nelayan ini turut menyediakan tempat-tempat"hot spots" yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti memancing dan amat digemari oleh para pemancing tegar. 

Pemandangan Jeti Kampung Nelayan Sungai Lebam 
Sumber: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1XuareBsDjypPziE7j6DU-B0ccqnJPYvo5IDb_h0rrsQ8amgsAXvG5Swt4YRRJGD5ujNzLLrgEoRmgyenIoRJyezBwPfAWB8diPeGnKFXtDUl4qy4dXA9AgEC4iPS8iWZm2LH-lIPlio/s1600/jeti+sg+lebam.jpg 

Muzium Nelayan Tanjung Balau, Desaru turut menjadi tarikan utama para pengunjung yang melancong ke Desaru. Muzium ini menyediakan pelbagai pameran-pameran kraf yang menerangkan mengenai perkampungan nelayan dan juga aktiviti-aktiviti para nelayan di sekitar Desaru yang menjadi tulang belakang kepada hasil tangkapan sumber protein sekitar Johor Tenggara.

Pintu Utama Muzium Nelayan Tanjung Balau, Desaru 
Sumber: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBXKWkQUAoOv2Tg4LYsMv52iadUYrCIflgy5oLICpVZThnWY-Z7h1W-RWqcBQypl77gZBXgiiVxOfCG45g_K7cXzbEWGdz_bTVi8LHX0C2i6LE-dbtphfA8CKHxJxXR0xmYE-eUqSNEN1s/s1600/DSC04190.JPG

Kesimpulannya, terdapat pelbagai pusat peranginan di samping tempat-tempat menarik yang menjadi mercu tanda Desaru dan turut memikat hati orang ramai untuk berkunjung ke kawasan Desaru.

Comments

Popular posts from this blog

Homestay Selesa Bandar Penawar, Desaru & Pengerang

Mercu Desaru